Saturday 12 January 2013

rewards :)

Assalamualaikum

Mood ceria hari ni. so, i thinks nak update my blog again.mood tengah rajin ni kan? bukan senang dalam exam mood ni nak update blog. talking about exam, of course la kan kita ni sibuk nak study. sibuk nak menatap buku je kan. sampaikan sampai satu tahap tu kita totally lupa nak ambil peduli pasal diri kita sendiri.i means,makan minum kita..masa tidur kita. and even kekemasan diri kita sendiri. Kadang-kadang tu ada yang dah tak ambil peduli sampaikan diri tu dah serabai sangat.

ok, people. please make me stop membebel-bebel ni.hewwheew.bukan-bukan!! bukan membebel..cuma mengingatkan.oh,orang yang baik hati akan sentiasa ingat-mengingati. #ok.perasan kejap:D

baiklah.kita sambung ya. sebenarnya entri kali ini bukan untuk saya tekankan tentang kekemasan diri or those other things yang disebutkan di atas. entri kali ini untuk berkongsi sedikit ilmu dengan awak-awak semua.

lets move.ramai orang kata kita akan mendapat pahala apabila berbuat kebaikan, kan?
tapi ramai yang tak tahu caranya. betul tak? ramai yang beranggapan bahawa kita akan mendapat pahala apabila melakukan perkara-perkara baik yang sering disebut atau diamalkan.sebenarnya terdapat banyak lagi perkara-perkara yang mungkin kita terlepas pandang yang boleh dianggap sebagai kebaikan.


 Antaranya ialah....

1. derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, kita akan mendapat pahala

2. beri baju kepada orang yang tidak berkemampuan. setiap kali orang tu pakai, kita akan dapat pahala.

3. beri makanan kepada orang yang tidak mampu, kita akan mendapat pahala selagi makanan itu menjadi
    darah daging mereka. pastikan makanan yang halal ya!

4. menyebarkan ilmu walaupun hanya sepatah.

5. buat orang tersenyum dikira kebaikan sebab kita membuat orang tu senang hati.

6. senyum. hati orang akan senang bila kita berikan senyuman kepada mereka. sebab tu senyuman itu dikira
     sebagai satu sedekah.

7. buang halangan di tengah jalan. contohnya macam alihkan pelepah kelapa sawit yang jatuh kat tengah
    jalan.





banyak lagi kebaikan yang kita mungkin terlepas pandang. tapi apa yang harus diingat ialah, setiap kebaikan mestilah dilakukan dengan ikhlas. bukan semata-mata untuk mendapatkan pahala or rewards from someone else.






sedikit petua : "kalau kita nak orang lain bahagiakan diri kita, kita perlu gembirakan mereka"


love,
ekinrazali 

No comments:

Post a Comment