Thursday, 8 March 2012

hari bahagiamu.


kebelakangan ini ramai yang berceritakan

tentang kisah perkahwinan kepada saya.

mungkin sedikit teruja.


maka entri kali ini saya selitkan satu kisah cinta

yang pastinya ramai orang tidak menduga

kisah ini benar-benar terjadi.

kisah ini terjadi kepada seorang

saudara kepada sahabat saya.

gadis ini bekerja sebagai seorang juruwang

di sebuah pasaraya.

pada suatu hari, seorang pemuda telah datang ke pasaraya itu.

dia tersenyum melihat gadis tersebut lalu berkata:

"saya macam pernah berjumpa dengan awak.tapi di mana ya?"

gadis itu terpinga-pinga kerana dia

benar-benar tidak mengenali jejaka tersebut.

jejaka tersebut tersenyum kembali lalu berlalu pergi.

tidak lebih sepuluh minit kemudian, lelaki tersebut kembali kepada gadis ini

lalu berkata:

"saya jumpa awak dalam mimpi saya.mungkin awak jodoh saya yang tuhan dah tetapkan.

sudikah awak menjadi isteri saya?"

gadis itu menjawab:

"saya sudah ada kekasih"


pasti ada yang tertanya-tanya apa yang terjadi selepas itu kan?

biar saya berikan jawapan.

seminggu kemudian,

sekali lagi lelaki tersebut datang untuk menemui

gadis itu.



sekali lagi lelaki tersebut melamar gadis ini.

selepas perbincangan bersama kedua ibubapa gadis ini,

akhirnya gadis tersebut menerima lamaran itu

kerana yakin jodoh yang ditetapkan tuhan telah sampai.

telah tertulis jodoh mereka,

akhirnya mereka selamat diijabkabulkan.

mereka kini telah dikurniakan sepasang anak kembar.

semoga rumahtangga mereka bahagia

dan kekal hingga ke akhir hayat.


p/s: sejauh mana pun kita merancang, tuhan yang tetap menentukan.

kepada saudaraku ini, semoga kau menjadi seorang isteri yang baik.

doakan aku juga mendapat jodoh yang baik.terima kasih:)

No comments:

Post a Comment