Friday, 12 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum .

dah terasa lama sangat tak update blog kens? busy sikit bila dah final ni. oh ya, hari ni dah masuk hari yang ketiga umat Islam berpuasa. macam lambat je baru nak wish salam ramadhan kenss?? tapi tak apelah, gatai jugak nak wish. Ramadhan belum habis kan?

 sayu hati ini makin sayu sebab ramai kenkawan aku dah balik ke rumah tapi aku masih disini menunggu last paper. tak apalah. nasib anak perantauan. ceh! macam dah bepuluh tahun ekau tak balik..

mak cakap kena redha. belajar hidup tanpa keluarga. ye mak.ye mak. tapi syukur alhamdulillah sebab masih ramai kawan yang ada. berpuasa sama-sama. lapar sama-sama. kenyang sama-sama. 

harap ramadhan tahun ni akan jadi lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. k guys. sambung buat kerja. SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA! bye-bye. i lap u =)

Sunday, 9 June 2013

Malam Pesta Muda Mudi!

Assalamualaikum u olls..


omg, i'm so retro! apa kaitan pulak ni post aku dengan retro retro bagai ni. sabar u olls. nak habaq ni, malam semalam i pergi dinner kat Intekma Resort UiTM Shah Alam. Dinner ni khas untuk warga Persatuan PALAPES Darat Uitm Shah Alam. temanya RETRO! 

everyone was like stars shine bright like a diamond gitu.uhuks. selalunya dapat tengok diorang ni pakai loreng muka conteng-conteng. tapi kali ni dapat tengok diorang ni macam retis plak.haha. ala-ala majlis APBH gitu. ok. aku nak sajikan korang dengan gambar-gambar yang mana seperti biasa akulah fotografer tak berbayar tu. Enjoy!



datin-datin muda = D













masuk melodi! hehe




APBH. Datin Sri Saloma alaf baru..




Mariani and Tun Abdul Razak katanya..




















sama dengan patung kat sebelah :p












PSY!






With Queen of The Night.


arios! wa tabik lu.




keep silent and continue for the next reading!
arigatossss!!!!




Thursday, 6 June 2013

kenapa saya kepada aku??

Assalamualaikum

terima kasih sebab masih sudi nak jenguk blog ni. *kalau ada yang jenguk la kan. well, kali ni aku tak ada cerita yang menarik yang nak dikongsikan.kali ni aku cuma nak explain sikit pasal satu perkara dalam blog aku ni.

korang rujuk balik kat tajuk post ni. tak rasa pelik ke tajuk tu. takpe. yang penting isinya, bukan tajuk. kenapa saya kepada aku? hmm, ape kebende tu?

ok lah. straight to the point, sebenarnya aku nak explain kenapa aku tukarkan gelaran diri aku dalam blog ni dari "saya" kepada "aku". bukan sebab aku nak cakap kasar eh. sorry sikit. aku ni gadis ayu walaupun muka brutal. *konon :p

sebenarnya aku lebih selesa gunakan "aku" dalam blog ni sebab aku rasa kalau guna "saya", aku macam tak menulis kat dalam blog aku sendiri. senang cerita aku gunakan "aku" sebab nak rasa feel punya blog sendiri. lagipun aku rasa biarlah aku jadi diri sendiri dalam blog ni dari jadi diri aku yang fake.

tapi aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang tak selesa kalau aku gunakan gelaran tu. harapnya korang boleh terima dengan perubahan ni. grasies!

Wednesday, 5 June 2013

Contest Jom Meriah bersama Lisa Surihani!

Assalamualaikum beb! 


haa korang mesti pernah nampak iklan ni kat mana-mana kan. tak pun korang mesti pernah usha iklan ni kan. korang pernah try tak?

aku nak ajak korang join contest ni. seronok! korang boleh menang hadiah hebat lagi lumayan! aku sendiri dah join contest ni. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal contest ni korang boleh tekan SONY MALAYSIA .

tak pun kalau dah alang-alang korang on facebook tu, korang boleh layari page SONY MALAYSIA . Atau korang nak maklumat lebih lanjut, bolehlah singgah website company ni terus kat Sony Home & Consumer


Photo: It has never been easier to win a NEX-3N!

1. Take a self-shot
2. Tweet it

Share this with your friends now! http://bit.ly/11o6oCm

P.S. Grand prize winner will take home Sony products worth RM10,000 and more!


Photo: Kunjungi lokasi-lokasi berikut pada hujung minggu ini untuk berjumpa dengan gadis-gadis NEX-3N. Hadiah percuma yang hebat menanti anda*! 

Jom Meriah bersama Lisa Surihani dengan hiasan kepala paling kreatif hari ini! http://bit.ly/19rzl0M

*Sementara stok masih ada.

masih ada masa untuk korang sertai peraduan ni. check out the location now!




 dan ini aku! *nampak sangat muka penat dah seharian bershopping 




JANGAN LUPA SERTAI PERADUAN JOM MERIAH BERSAMA LISA SURIHANI! 
thanks to Sony Malaysia! xoxo



Monday, 29 April 2013

Trip ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum and hi :)


kali ini mari kita sama-sama baca apa yang saya nak ceritakan. Baik adik kakak, kali ni mari baca cerita saya tentang aktiviti semasa cuti yang lepas. Last week saya baru sahaja bersama-sama sahabat dan kawan persatuan PALAPES ke Pulau Pangkor. 

Trip ni bermula pada hari sabtu bersamaan 20 April 2013.Taknak bebel banyak, jom kita tengok gambar-gambar ni sampai muntah! hahaha *gelak evil!




cakkkk!! haaa..tu dia. ni time tunggu bas kat Uitm.


rombongan adalah sebanyak dua buah bas dan sebuah van. makdatok ramainya!!!!!!!! baru syok.kan?kan?kan? kami bergerak dari Uitm pada jam 8.30 a.m pada hari Sabtu.

Dalam perjalanan tu banyakla sawah padi yang boleh korang tengok kalau nak cuci atau nak vanish mata korang tu.ada kejam tak? haha. tapi macam biasa la chek ni kalau tak tidok dalam bas memang tak sah. Tu yang tak tau sangat apa yang ada sepanjang perjalanan tu. Korang nak tau, boleh pergi sendiri ye..hehe.

Jam 1315 atau sewaktu dengannya yang disebut jam 1.15 p.m, kami tiba di Marina Island. Kat sini macam-macam ada.  Dari Marina Island ni, kami akan naik feri untuk ke Pulau Pangkor. Tapi sebelum tu mai sini nak cerita..





tadaaa!!! kat Marina Island ni korang boleh dapatkan hasil laut. harga dia saya tak tau sebab tak try beli pun.kuikuikui. promote je lebih.





"hei, apa tengok-tengok! tau la i famous. nak amek gambar sila minta kebenaran dulu ye!"
(udang yang mak nenek besar.taktau udang ni spesies apa)







bergambar kenangan di Marina Island bersama rakan skuad yang terchentaaaaa!!!
control.control.. ni la cik senah,cik peah, cik ton, pak abu, pak ali teringin sangat amek gambor ye kat Marina Island ni. Nak buat kenangan katanya. *ngehngehngeh.tanduk dua dah tumbuh XD





antara pemandangan indah di sekitar jeti di Marina Island.








lihatlah langit di atas sana , lalala. Alhamdulillah, cuaca hari tu agak baik. Kalau cuaca tu dah baik, apa lagiiiii,, peluang besar la nak berphotoshoot.












"hey cik ton, hang jangan ingkar perintah check naaa!!"
"oouuh,, yela-yela"



Kuch Kuch Hota Hei tu kat belakang tu banyak air.






Cik Ton dan Cik Ekin dah berdamai. bagus-bagus!!




Udah-udah la berdrama kat sini. Kita sambung story tadi. Kat Marina Island ni kami berehat sekejap. Kami solat Zohor  kat surau . Kemudahan tandas juga ada disediakan. Jangan bimbang kalau tetiba rasa sakit perut tu.
Jam 2.00 p.m kami naik feri untuk ke Jeti Pangkor. Perjalanan mengambil masa kurang dari 10 minit.






tiba di Jeti Pangkor.


setiba di Jeti Pangkor, kami menaiki van untuk menuju ke Teluk Segadas dimana kami akan mendirikan khemah.ok anak-anak. Disebabkan kamu semua dah bersenang lenang dalam feri tadi, apakata kalau anak-anak berjalan kaki pula untuk masuk ke campsite. 



tracking untuk masuk ke campsite. Jangan risau, tak jauh sangat.







selepas selesai briefing, khemah didirikan. peace! 



selepas selesai makan tengahari, kami diberi kebebasan untuk merayau-rayau di kawasan berhampiran.
ni yang suka ni. haha. nak tengok keindahan kat Teluk Segadas ni?
nah! tengok! tengok!



tali yang diikat kat dahan pokok dijadikan buai.





tu diaa!!! seronok naa main buai.






Batu Belah Batu Bertangkup.
*jangan terpedaya. ini hanyalah batu tanpa nama.haha. Gambar ni diambil semasa air surut. So, bolehlah nampak batu ni dengan penuh.





cuba teka apakah ini? Ini siput-siput pelik yang tidak diketahui namanya yang ada di sekitar kawasan batu tadi.







 

buah pelik bin ajaib. buah ni banyak sangat kat tepi pantai tu.




aktiviti waktu petang di tepi pantai 



mandi manda adalah perkara wajib yang kami lakukan kat sini. dari hari pertama sampailah hari ketiga mesti ada yang mandi laut.







siapa yang tulis ni saya tak tahu. tapi macam-macam yang ditulis kat atas pasir tu.







pemandangan indah tepi pantai waktu senja.





masuk hari yang kedua. Hari yang kedua ni ada empat kumpulan yang memulakan aktiviti Jungle Tracking. Yang selebihnya buat aktiviti bebas.



bangun pagi dengan senyuman.ececeh..




  
Menjadi photographer adalah kerja biasa bagi saya =___=





binatang ini dinamakan Riang-riang. mungkin sebab bunyinya yang nyaring tu. binatang ni ada pada waktu malam.




sekali lagi cuba teka binatang apakah ini? lintah ke? SALAH!SALAH!
Kalau nak tahu ni lah Gamat. Banyak sangat kat dalam laut. Selalu terpijak masa mandi.
Ada berani nak pegang? Cubalah....





Gamat tadi direbus sampai kering.





Makan gamat! hahaha. rasanya seperti perut lembu yang masin. Baik untuk kesihatan.
* kenapa buat muka pelik tu??




masuk hari yang ketiga. Kumpulan 5,6,7 dan 8 pula yang pergi Jungle Tracking. Kiteorang bermula pada jam 8.30 a.m. Mendaki bukit untuk samapai ke puncak. Jalannya memang mencabar. 





Tumbuhan yang kami jumpa dalam perjalanan.



  we arrived at the peak!!!! yes! yes! selepas satu jam mendaki bukit, kami sampai di puncak yang berkedudukan 905 m dari aras laut.




 berehat seketika di puncak bukit.




pemandangan dari puncak bukit. 




sesi bergambar kenangan tak dilepaskan!! :)



bergambar bersama ahli kumpulan.



 selepas lebih kurang 20 minit berehat di puncak bukit, kami mulakan perjalanan untuk turun. Perjalanan untuk turun mengambil masa lebih kurang satu jam. Seterusnya kami berehat di tepi pantai yang cantik lagi permai. ececeh. Kami berehat untuk makan tengahari sebelum memulakan perjalanan untuk kembali ke Jeti Pangkor. Makanan dihantar menggunakan bot dari tempat kami berkhemah.




Pulau yang dapat dilihat dari tempat kami berehat ialah Pulau Giam.




Drama Queen tengah shoot kat tepi pantai.haha


bergambar perkara wajib!





Cantik kan siput ni. Tapi jangan ingat ni adalah siput semata-mata.
Yang sebenarnya ialah seekor ketam sedang bersembunyi di dalam cengkerang siput yang kosong.bijak!bijak!


Selepas selesai makan tengahari, perjalanan untuk pulang diteruskan. Dalam perjalanan untuk ke Jeti Pangkor, kami jumpa benda ni.


rumpai laut yang dijemur untuk dikeringkan.


Di Jeti Pangkor, sekali lagi kami berehat untuk membasahkan tekak. Disebabkan cuaca panas, ramai la yang terkam minum air.haha. Dari Jeti Pangkor kami menaiki van sewa untuk ke Kota Belanda. Kota Belanda ni rasanya wajib dilawati kalau ke Pulau Pangkor ni. 


Welcome to Kota Belanda!


pemandangan di Kota Belanda dari jauh.







Antara informasi mengenai Kota Belanda.






Lagi informasi tentang Kota Belanda atau juga dikenali sebagai Dutch Fort.




berjalan menuju ke Kota Belanda.




gambar ini menunjukkan ruang dalam tanah yang terdapat pada satu penjuru kubu. di atasnya terdapat jeriji yang dipasang. 




 gambar diambil di tangga untuk menuju ke kubu Kota Belanda.




kalau anda berjaya menjejakkan kaki ke Kota Belanda ni, jangan lupa untuk membeli cenderahati di 
Aishah Craft & Sourvenir Shop. 




sebelum memulakan perjalanan untuk kembali ke campsite, kami bergambar di Kota Belanda beramai-ramai sebagai kenangan.



enam jari melambangkan Kumpulan 6 =D


Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk ke campsite. Dalam perjalanan, kami sinngah sebentar di tempat yang dinamakan Batu Bersurat untuk sesi fotografi. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah tentang Batu Bersurat ini bolehlah buat research ye.hehe




Kami tiba di campsite lebih kurang setelah 15 minit berjalan. * kalau tak silap laa. jangan marah ye.. Aktiviti pada petang itu hanyalh aktiviti bebas memandangkan pada esok hari kami akan bertolak balik ke Uitm.







main tarik tali.


beradu kekuatan tarik tali.tarik! tarik! jangan tak tarik!




malam tu kami adakan sesi BBQ. kelas gituuuu....
bakar ayam, bakar ikan, bakar sosej, bakar muka, eh! eh!


Drama Queen buat drama lagi.hehe




jengkeleng! hidangan makan malam siap! tapi yang ni tak full. malam tu ada hidangan ayam bakar cecah air asam.fewww... kecur air liur.




23 April 2013.


bergerak untuk pulang pada jam 3.15 p.m selepas acara penutup.




Singgah di  JAMILAH HASIL LAUT untuk membeli hasil laut.
Jangan lupa singgah tau! layanan di kedai ni memang memuaskan!



Kalau rasa tak ada idea nak bercuti kemana masa cuti yang akan datang ni, saya cadangkan anda semua untuk ke Pulau Pangkor. Memang tak rugi kalau anda bercuti kat tempat ni. Jangan lupa bawa family dan kawan-kawan sekali ye! Sekian!